Beli iPhone Murah, Rupanya “Coffee Table” Besar
Seorang pelanggan yang tidak bernasib baik tertarik dengan tawaran luar biasa, apa yang disangkanya ialah telefon pintar Apple walaupun agak pelik bila memikirkan kos penghantarannya jauh lebih mahal daripada apa yang diharapkan.
Lelaki yang tinggal di Thailand itu hanya mempercayai mengapa kos penghantarannya menjadi mahal selepas bungkusan besar yang mencurigakan tiba di pintu rumahnya.
Hanya ketika dia terburu-buru membuka bungkusan tersebut, dia betul-betul menyedari dia tidak membeli iPhone yang sepatutnya, apa yang dia terima ialah replika teknologi yang hebat untuk digunakan sebagai meja kopi.
Tidak baca perincian barang
Gambar menunjukkan lelaki itu beraksi dengan perabot barunya dengan replika yang mempunyai perincian yang menarik termasuk pembesar suara, kamera dan butang sentuh ID.
Dia turut memilih sarung telefon berwarna ‘rose gold’ untuk telefonnya, namun tidak pasti adakah dia memutuskan untuk menyimpan meja itu atau mengakui kesalahannya dan mengembalikannya semula.
Selepas berkongsi gambar-gambar lucunya di media sosial, dia mengakui mungkin dia tidak memeriksa perincian barangan tersebut sebelum membuat pembelian atas talian.
Kesalahannya itu berjaya membuat orang ketawa dan ramai juga memberi komen supaya dia memberi amaran kepada orang lain untuk selalu membaca keterangan sesuatu barangan ketika membeli barang secara dalam talian.
Telefon “iPhone” lelaki tersebut telah mengambil banyak ruang di ruang tamunya.
Sumber: Mirror