Ayam Pun Nak Bergaya Menjelang Krismas
Perayaan Krismas yang disambut setahun sekali kini sudah hampir dan ramai yang sudah merancang apa yang akan dilakukan oleh rakan dan keluarga pada hari besar tersebut.
Pemberian barang perhiasan untuk ibu dan minyak wangi untuk ayah cukup mudah, tetapi bagaimana dengan ahli keluarga yang sukar?
The Etsy Store Animal, Fun and Fashion yang berpangkalan di United Kingdom, telah mencipta baju jumper perayaan yang boleh dipakai oleh ayam peliharaan.
Baju kait sarung berwarna merah dengan hiasan bulu putih dihiasi dengan butang krismas.
Ditawarkan pelbagai saiz dan warna ikut kesesuaian
Produk buatan tangan mereka terdapat dalam ukuran mulai dari kecil hingga besar dan dimensi buatan mereka termasuk dalam keterangan supaya pemilik dapat memastikan saiz yang sesuai dan ayam mereka selesa memakainya.
Baju kait khas untuk ayam itu dijual dari £12.20 hingga £14.10 (RM66.40-RM76.80) sepasang dan didatangkan dengan pelbagai warna supaya pemilik dapat membuatnya tetap bergaya sepanjang tahun.
Terdapat juga pilihan baju sejuk bertemakan Halloween, warna pastel dan warna permata yang cerah.
Ayam si pemilik akan menjadi burung paling comel di kawasan kejiranan jika dipakaikan baju kait tersebut.
Yang penting hangat, selamat dan selesa
Animal, Fun and Fashion turut menjual baju sarung untuk anjing dan selendang anjing yang comel supaya anjing si pemilik turut tidak merasa ketinggalan.
Baju sejuk ini comel dan saya pasti Silkie saya akan kelihatan comel!
Matlamat kedai tersebut, tidak kira cuaca, mereka yakin haiwan peliharaan si pemilik akan sentiasa hangat dan selamat dalam aksesori bergaya baru mereka.
Mereka akan merasa meriah dan selesa sepanjang musim sejuk ini.
Sumber: Daily Star, Etsy