Anjing Bertukar Rupa Selepas Bangun Dari Tidur
Seorang pemilik anjing tergamam seketika apabila haiwan kesayangannya menjadi seekor haiwan “yang tidak dikenali” selepas tidur di atas sofa.
Pengguna aplikasi Douyin dengan tajuk “anjing ‘shabby’ dan pemiliknya” berkongsi klip lucu itu pada Jumaat minggu lalu, dengan menunjukkan anjingnya baru bangun dari tidur.
Anjing berbulu kelabu dan coklat itu diberi nama Haidan, bermaksud landak laut dalam bahasa Inggeris.
Dalam klip tersebut, boleh kedengaran pemiliknya ketawa terkekeh-kekeh sementara anjingnya hanya memandang kamera tanpa sebarang reaksi.
Haidan hanya membuat regangan badan di sofa sambil menguap.
Ini sangat lawak. Haidan, hahaha, beri saya tabik!
Pemilik tersebut kemudiannya dilihat meletakkan tangannya di atas Haidan.
Lihat rambutnya naik, menyentuh tangan saya!
Berubah jadi landak
Pemilik Haidan kemudiannya menjelaskan bahawa transformasi luar biasa itu berlaku setelah anjingnya tidur di dalam selimut berbulu.
Bulu Haidan menjadi statik dan dia tidak mengetahuinya.
Klip tersebut telah mendapat lebih dari 310,000 tanda suka dan telah membuatkan ramai ketawa hingga mengalirkan air mata.
Ramai yang mengatakan mereka tidak dapat mengenali anjing tersebut. Ada yang bertanya makhluk apakah yang telah ia bertukar?
Ini lucu. Dia berubah menjadi landak.
Ada juga yang memberi komen Haidan adalah landak laut yang sebenar di sana.
Pemilik Haidan kemudian memuat naik video klip lain untuk menjelaskan bahawa dia kerap memandikan Haidan dan menyikat rambutnya.
Namun bulu Haidan menjadi berselerak apabila dia tidur berdekatan dengan pemanas pada waktu malam atau di dalam selimut berbulu.
Sumber: Daily Star