Aksi Kucing Menyerupai “Puss in Boots”
Master Poe Poe, seekor kucing berwarna jingga berusia lapan bulan, tahu bagaimana membesarkan matanya dan kelihatan tidak bersalah.
Kucing tersebut melakukan tipu muslihat itu kepada pemiliknya, Deborah De Asis, yang tahu kucingnya ingin mendapatkan habuan ataupun hadiah.
Deborah turut tidak ketinggalan menyambar telefonnya dan merakam aksi tersebut dengan pantas kerana dia menyedari Master Poe Poe menyerupai gelagat “Puss In Boots” dalam filem animasi Shrek.
Deborah yang merupakan seorang pegawai sokongan teknikal berasal dari Belanda berkata;
Dia sememangnya adalah jelmaan sebenar Puss in Boots – dia hanya memerlukan topi.
Terkejut pada mulanya
Deborah mengatakan dia sangat terkejut ketika mula-mula kucingnya melihatnya seperti itu dengan mata yang besar sehingga dia terpaksa merakamkannya melalui video.
Master Poe Poe juga melakukan aksi yang sama dengan kedua belah kakinya dihadapan.
Dia melakukan mata yang comel untuk mencuba dan mendapatkan apa yang dia mahukan, seperti makanan ringan, tetapi dia juga tidak takut untuk merampas barang-barang dari anda secara langsung.
Ramai mengatakan kucingnya sungguh memikat dan benar-benar kelihatan seperti Puss in Boots.
Sumber: Metro UK