Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir
Posted On March 18, 2020
0
1.5K Views
0 “I said yes!”
Selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, pelantun lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas pengacara HLive! Nabil Mahir.
Penyanyi dan pelakon tersebut memuat naik foto bersama cincin lamaran yang diterima pada ulang tahunnya yang ke 28 di Instagram miliknya.
Ayda menulis “The best birthday gift ever. I said YES.” berserta hashtag #HeLockMeForever #BilAydaJatuhCinta.
She said Yes!
Nabil Mahir turut berkongsi cerita yang sama di instagramnya dengan memuat naik gambar mereka berdua bersama cincin lamaran.
Nabil menulis “She said Yes!” dengan hashtag #lockyouforever.
Para peminat termasuk rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Sumber: mStar, Instagram Ayda Jebat, Instagram Nabil Mahir